Halaman

Rabu, 14 Oktober 2009

Peperiksaan Akhir?

Minggu-minggu akhir pengajian di Universiti merupakan minggu yang amat memenatkan mahasiswa/mahasiswi. Peperiksaan akhir atau final exam semakin hampir, persediaan pula masih belum mencukupi. Hal ini akan mewujudkan tekanan dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi. Oleh hal yang demikian kita perlulah merancang bagaimana untuk mengulangkaji secara efektif. Menurut kajian, penggunaan teknik yg betul untuk mengulangkaji dapat memberi kesan yang optimum.
Pada permulaannya kita perlulah mengenali apa perkara yang kita ingin mengulangkaji, caranya adalah dengan membaca sekali imbas nota-nota tersebut.Seterusnya, tumpukan perhatian pada isi-isi penting.Pastikan kita mengetahui isi-isi penting kerana ia merupakan akar bagi jawapan yang akan ditulis. Langkah yang seterusnya adalah mengetahui huraian dan susur galur isi-isi tersebut.Gunakan teknik visualisasi atau bayangkan isi dan huraian bagi sesuatu fakta itu adalah sebuah cerita dan kita adalah wataknya. Hal ini dapat membolehkan kita lebih memahami dan mendalami fakta-fakta tersebut.
Selain itu kita juga boleh merancang untuk ulangkaji secara berkumpulan, di sini kita boleh membahagikan fakta-fakta yg dibaca seterusnya setiap ahli akan membentang fakta masing-masing. Hal ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan kerana kita tidak hanya menggunakan pancaindera pendengaran tetapi menggunakan pendengaran. Untuk memahami sesuatu fakta dengan berkesan kita bukan sahaja hanya membaca tetapi dengan mendengar dan menulis semula apa yang telah kita fahami. Dalam perbincangan sesama kumpulan kita boleh menimbulkan persoalan dan membincangkan dengan lebih mendalam. Hal ini dapat membantu kita untuk membuat esei nanti.
Selain berusaha kita perlulah juga bertawakal dan memohon doa kepada Allah S.W.T. Hal ini kerana segala perkara yang berlaku di dunia ini adalah dari izin-NYA, walaubagaimana banyaknya kita mengulangkaji tetapi tanpa izin-NYA kita tidak akan memperolehi kejayaan tersebut.Namun dalam konteks ini kita jangan hanya memohon doa apabila memerlukan sahaja, tetapi perlulah selalu sebagai tanda kesyukuran dan mengingati kekerdilan diri.Sesungguhnya doa adalah senjata bagi umat islam. Selamat berjaya diucapkan semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. "Rancanglah untuk mencapai kejayaan kerana orang yang tidak merancang untuk berjaya adalah sedang merancang untuk gagal"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan