Halaman

Rabu, 21 Oktober 2009

Lakaran jiwa...

Lukisan merupakan coretan untuk menceritakan sesuatu atau menyampaikan hasrat hati melalui lakaran pada bahan yang boleh ditulis seperti kertas, baru-baru ini aku pergi ke pameran lukisan pelajar-pelajar Malaysia-Jepun di galeri seni UPSI. Di sini terdapat pelbagai lukisan yang di pamerkan, antaranya di bawa dari Jepun dan selebihnya adalah karya pelajar-pelajar sekolah dari Malaysia.

Melukis merupakan antara hasil seni tertua di dunia kerana telah dimulakan oleh masyarakat zaman purba lagi. Tujuan kita melukis adalah untuk menyampaikan hasrat hati dalam bentuk yang kreatif. Bentuk-bentuk lukisan mempunyai lambang tertentu serta makna yang tersendiri. Semasa di zaman kanak-kanak dahulu kita sering melukis perkara yang selalu dibayangkan kerana pada waktu itu tahap visualisasi kita adalah pada tahap yang tinggi. Apabila melukis kita akan rasa puas dan dapat meluahkan perasaan melalui lukisan.

Warna juga boleh digunakan untuk mempamerkan perasaan seperti tenang, bahagia, marah dan lain-lain lagi. Lukisan yang dilukis dengan penumpuan yang jitu dapat menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.





Antara lukisan-lukisan di pameran lukisan pelajar-pelajar
Malaysia-Jepun








Tiada ulasan:

Catat Ulasan