Halaman

Selasa, 13 Oktober 2009

Kehidupan...

Hidup...Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan? Menurut Kamus Dewan, 'hidup' bermaksud masih bernyawa. Namun dalam konteks yg luas kehidupan adalah satu perjalanan menuju ke satu detinasi, destinasi yang kekal iaitu kehidupan di akhirat. Kita sebagai manusia dicipta mempunyai peranan yang tersendiri, selain mengabdikan diri kepada maha pencipta, kita juga di amanahkan menjadi khalifah atau pemimpin di muka bumi ini.
Sebagai pemimpin, kita perlulah menjaga amanah yg telah diberi. Terdapat segelintir umat manusia yg lalai dan lupa akan peranan mereka, apakah kita tidak pernah berfikir tentang kejadian alam ini? Mengapa masih ada manusia yg mensia-siakan hidupnya? melakukan jenayah, bergaduh sesama sendiri, pentingkan kebendaan dll. Baru-baru ini kita digemparkan dengan berbagai bala seperti gempa bumi, tanah runtuh, dan taufan.Namun adakah kita mengerti ini adalah peringatan daripada Allah S.W.T? udara yang kita sedut setiap masa telah diberikan dengan percuma,nikmat penglihatan, pendengaran, berkeluarga, akal dan banyak lagi.Bagaimana kalau semua ini ditarik balik? bayangkan....
Kita perlulah berfikir tentang nikmat-nikmat yang diberi dan bersyukur serta mengerti kekerdilan diri. Lupakan segala persengketaan,eratkan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Sesungguhnya manusia dicipta berbeza bangsa untuk saling mengenali. Semuanya adalah sama melainkan ketakwaan kepada-NYA. Selain itu, kehidupan yang singkat ini janganlah terlalu mengutamakan kebendaan seperti wang dan pangkat. Semua itu hanya sementara dan tidak kekal abadi.Ayuh marilah kita sama-sama tinggalkan perkara-perkara yang merugikan dan mengisinya dengan perkara yang dapat menjadi bekalan di akhirat kelak. Namun perkara-perkara di dunia yang boleh menjadi bekalan di akhirat kelak perlulah ditunaikan. Oleh itu,belajarlah mengenali tuhan,mengenali diri, dan mengenali orang lain. Bentuklah diri menjadi insan yang berguna kepada agama,negara dan masyarakat.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,kerana dengan adanya ilmu kita dapat mengetahui dan menilai baik atau buruknya tindakan yang kita lakukan.Fikirlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan