Sabtu, 31 Oktober 2009
Teknik Belajar & Membaca SQ3R
Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah
anda bina melalui langkah S dan Q.
R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.
Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini? Tahniah. Teruskan membaca.
Dipetik daripadda:http://www.osmanaffan.com
Sabtu, 24 Oktober 2009
Indahnya persahabatan....
Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang
Lihatlah dia mulai bernyanyi
Cuba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali
Wajahmu mengingatku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkan
Dengan masa laluku
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan
Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku
Persahabatan merupakan satu anugerah buat kita. Detik-detik perkenalan hanya bermula dengan beberapa perkataan, namun setelah lama mengenali hati budi masing-masing dalam setiap detik perkenalan mewujudkan kasih sayang yang murni iaitu sebuah persahabatan. Kenangan bersama tentu tidak dapat dilupakan, sahabat bagaikan bintang yang menyinari cerita kehidupan ini. Hari demi hari kita akan mendapat sahabat baru silih berganti namun sahabat dahulu tetap merupakan insan yang perlu dihargai kerana mereka merupakan anugerah yang tidak ternilai.
Hargailah persahabatan yang telah tercipta,
Tercipta kerana satu pertemuan,
Pertemuan yang telah mencipta sebuah cerita,
Cerita tentang kehidupan dan erti persahabatan .
Rabu, 21 Oktober 2009
Lakaran jiwa...
j.jpg)
Warna juga boleh digunakan untuk mempamerkan perasaan seperti tenang, bahagia, marah dan lain-lain lagi. Lukisan yang dilukis dengan penumpuan
.jpg)
Ahad, 18 Oktober 2009
Uji Minda
Baca teks di dalam segi tiga di bawah dengan kuat
Besar kemungkinan anda katakan, ‘A bird in the bush,’! dan Jika ini yang anda katakan, sebenarnya anda gagal melihat Perkataan THE diulang sebanyak dua kali. Maaf, teliti semula.Seterusnya, mari kita lihat perkataan seterusnya. Apa yang anda saksikan?

Dalam tulisan hitam anda akan baca perkataan GOOD, Dalam pada itu dalam tulisan putih EVIL ( di dalam setiap huruf berwarna hitam mengandungi 1 huruf berwarna putih) ia juga satu fisiologi. Kerana ia membayangkan satu konsep baik (GOOD) tidak wujud tanpa jahat (EVIL) atau tidak baik maksudnya jahat. Sekarang apa yang anda lihat?

Anda tidak akan lihat sepintas lalu tetapi ruang putih dibaca dengan perkataan optical, pemandangan biru dibaca dengan perkataan illusion. Lihat semula! Bolehkah anda membaca kenapa lukisan ini di panggil optical illusion (ilusi bayangan)? Apa yang anda saksikan di sini?

Yang ini benar- benar ada muslihat Perkataan TEACH dibiaskan sebagai LEARN.Gambar terakhir apa yang anda saksikan.....
Anda barangkali membaca perkataan ME dalam warna coklat tetapi jika anda teliti ME anda akan lihat perkataan YOU adakah anda perlu menelitinya semula? Uji fikiran anda Yang ini sangat baik.
Ujian ini pula sangat menarik sila baca semuanya. Ujian mata ALZHEIMER.Kira setiap ‘ F ‘ yang ada dalam teks di bawah.

(Lihat di bawah)
Berapa banyak ? Salah, semuanya 6 – betul, tak tipu. Baca lagi sekali ! Betul, buat semula dan cuba cari 6 huruf F sebelum anda skrolnya ke bawah.Alasan sebenar adalah Otak tidak dapat memproses ‘OF’ Sukar untuk dipercayai atau apa?. Semula dan lihat lagi. Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 huruf ‘F’ hanya sekali lihat merupakan seorang yang genius. Memiliki ketajaman fikiran. Kajian ini daripada universiti Cambridge.
Sumber dipetik daripada:http://www.pelbagai.com/
Rabu, 14 Oktober 2009
Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?
Beberapa cara termasuk:
1.Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan baik.
2.Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui.
3.Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil.
4.Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan.
5.Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk.
6.Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda.
7.Kesilapan merupakan peluang untuk belajar .
8.Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding perkara yang anda tidak mampu lakukan.
Peperiksaan Akhir?
Selasa, 13 Oktober 2009
Kehidupan...
Sebagai pemimpin, kita perlulah menjaga amanah yg telah diberi. Terdapat segelintir umat manusia yg lalai dan lupa akan peranan mereka, apakah kita tidak pernah berfikir tentang kejadian alam ini? Mengapa masih ada manusia yg mensia-siakan hidupnya? melakukan jenayah, bergaduh sesama sendiri, pentingkan kebendaan dll. Baru-baru ini kita digemparkan dengan berbagai bala seperti gempa bumi, tanah runtuh, dan taufan.Namun adakah kita mengerti ini adalah peringatan daripada Allah S.W.T? udara yang kita sedut setiap masa telah diberikan dengan percuma,nikmat penglihatan, pendengaran, berkeluarga, akal dan banyak lagi.Bagaimana kalau semua ini ditarik balik? bayangkan....
Kita perlulah berfikir tentang nikmat-nikmat yang diberi dan bersyukur serta mengerti kekerdilan diri. Lupakan segala persengketaan,eratkan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Sesungguhnya manusia dicipta berbeza bangsa untuk saling mengenali. Semuanya adalah sama melainkan ketakwaan kepada-NYA. Selain itu, kehidupan yang singkat ini janganlah terlalu mengutamakan kebendaan seperti wang dan pangkat. Semua itu hanya sementara dan tidak kekal abadi.Ayuh marilah kita sama-sama tinggalkan perkara-perkara yang merugikan dan mengisinya dengan perkara yang dapat menjadi bekalan di akhirat kelak. Namun perkara-perkara di dunia yang boleh menjadi bekalan di akhirat kelak perlulah ditunaikan. Oleh itu,belajarlah mengenali tuhan,mengenali diri, dan mengenali orang lain. Bentuklah diri menjadi insan yang berguna kepada agama,negara dan masyarakat.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,kerana dengan adanya ilmu kita dapat mengetahui dan menilai baik atau buruknya tindakan yang kita lakukan.Fikirlah..